Set Bersalin SPA AND MA
PROMOSI HEBAT
RM250 SM
RM280 SS
Kelebihan & Keistimewaan Set Bersalin SPA AND MA
- Sangat praktikal kerana setiap set didatangkan dengan 11 jenis produk yang terbaik dan terpilih sahaja mengikut keperluan ibu yang sedang berpantang.
- Sangat fleksibel dan lengkap dimana ianya sangat sesuai digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal atau secara pembedahan.
- Bertindak menyeluruh dalam memastikan para ibu mendapat penjagaan dan belaian yang sempurna dari segi kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.
- Ringkas dan mudah terutama untuk ibu moden bagi melalui pengalaman tempoh berpantang umpama di SPA.
- Produk Bumiputera yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Terbukti bersih dan halal.
- Setiap produk yang dipasarkan adalah berkualiti tinggi dengan harga ekonomi.
Senarai Penuh 11 Produk Set Bersalin SPA AND MA
1.) HERBA MANDIAN SPA
Herba Mandian Spa ini sangat praktikal kerana ia didatangkan di dalam bentuk uncang. Penggunaan Herba Mandian Spa ini dapat menenangkan emosi pengguna seolah mendapat rawatan khusus di spa. Herba Mandian Spa sangat menjimatkan kerana uncang yang telah digunakan boleh digunakan untuk beberapa kali mandian.
Menariknya herba mandian ini tidak hanya terhad kepada ibu yang sedang berpantang sahaja tetapi ianya juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengembalikan tenaga di dalam badan yang kian lesu kerana aktiviti seharian. Paling istimewa tentang Herba Mandian Spa ini adalah ia mempunyai bau yang sungguh harum dan menenangkan sebelum ianya direbus lagi.
2.) JAMU RATU DARA
Jamu Ratu Dara ternyata berbeza kerana ianya tidak panas seperti jamu lain yang terdapat di pasaran. Ibu yang sedang menyusukan bayi juga boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara kerana ia bertindak untuk memperbanyakkan air susu ibu sewaktu dalam tempoh berpantang. Malah bagi ibu-ibu yang mengidamkan bentuk tubuh badan yang langsing selepas bersalin Jamu Ratu Dara ini dapat menurunkan berat badan anda dengan berkesan.
Jamu Ratu Dara dapat mengembalikan tenaga, menegangkan kembali otot-otot dalaman, menyembuh luka bersalin, memulihkan dalaman dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim.
3.) FEMININE CLEANSER
Feminine Cleanser mempunyai bau yang sangat harum dengan suntikan aroma hebat seperti lavender, rose dan cinnamon yang sungguh asyik dan menenangkan seolah anda berada di spa. Teksturnya yang lembut serta mengeluarkan banyak buih sangat sesuai bagi semua jenis kulit.
Selain keharuman, Feminine Cleanser ini juga memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan dan kesihatan yang sempurna di bahagian intim anda. Anda akan merasa belaian Feminine Cleanser dengan kesegaran dan kesejukan sepanjang hari setiap kali anda menggunakannya. Pastinya Feminine Cleanser ini dapat meningkatkan hubungan intim suami isteri kerana aspek kebersihan di bahagian sensitif ini kian rapi dan terjaga.
4.) PILIS HERBA
Pilis Herba ini berbau harum berbanding dengan pilis lain. Kami sangat menitikberatkan tentang keselesaan ibu bersalin dimana pastinya mereka sangat memerlukan sesuatu yang tidak menggangu fikiran dan emosi mereka ketika sedang berpantang. Pelbagai aspek telah kami pertimbangkan sebelum mengeluarkan produk Pilis Herba ini.
Ini kerana kami melihat kebanyakan Pilis yang terdapat di pasaran adalah berbentuk serbuk. Kami lebih menekankan aspek mesra pengguna dimana ia lebih mudah dan cepat untuk digunakan kerana ia didatangkan di dalam bentuk pes. Dengan Pilis Herba ini anda tidak perlu lagi membancuh serbuk pilis dengan air.
5.) EXTRA VIRGIN COCONUT OIL
Minyak Kelapa Dara adalah produk yang sangat bermutu tinggi. Rata-rata pengguna tahu akan kelebihan yang tedapat di dalam Minyak Kelapa Dara ini kerana ianya mengandungi pelbagai khasiat yang sungguh menakjubkan. Pelbagai kajian telah dibuat dan ternyata Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang paling baik dan mendatangkan pelbagai kesan positif terhadap penggunanya berbanding dengan minyak lain.
Kebanyakan pengguna yang hamil mengakui bahawa minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan proses melahirkan bayi dan dapat membantu menghilangkan “stretch mark” (pada perut) selepas bersalin.
6.) TUNGKU HERBA
Tungku Herba ini dirumus dari akar kayu, herba terpilih dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Tungku Herba berfungsi sebagai “batu tungku”yang mudah dan ringkas. Pelbagai kebaikan diperoleh dari Tungku Herba ini kerana kehangatannya dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan rempah ratus dan herba ke dalam tubuh.
Tungku Herba ini ternyata lebih fleksibel dan ringan untuk digunakan oleh para ibu selepas bersalin. Tidak perlu lagi bersusah payah mencari batu, membakar batu tungku, mencari herba yang sesuai serta tidak lagi perlu membuang masa untuk membalut batu tungku.
7.) LULUR FRANGIPANI
Lulur Frangipani berbeza dengan lulur lain kerana Lulur Frangipani ini mempunyai tekstur yang lembut dan tidak terlalu kesat. Baunya yang harum dapat membangkitkan ketenangan dan keselesaan kepada pengguna.
Lulur Frangipani ini juga mesra pengguna kerana ia didatangkan di dalam bentuk pes. Paling istimewa lulur Frangipani ini mengandungi Collagen, Garam Himalaya serta Glutathione yang dapat mengahalus dan menggebukan kulit.
8.) BENGKUNG RATU
Bengkung Ratu adalah bengkung gabungan tradisional dan moden yang dicipta khusus bagi wanita selepas bersalin yang mengimpikan bentuk badan yang langsing serta menawan.
Bengkung Ratu ini sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh dan pinggul yang ideal kepada para ibu yang baru saja melahirkan bayi. Bengkung Ratu dapat mengembalikan bentuk badan asal, mengempiskan perut serta merapatkan kembali tulang pinggul selepas bersalin.
9.) SHAPE-UP LOTION
Shape-Up Lotion ini tidak seperti losyen biasa kerana ianya tidak berminyak malah mudah menyerap ke dalam kulit. Shape-Up Lotion ini juga agak panas tetapi dijamin tiada rengsaan terhadap pengguna. Ianya juga istimewa kerana sesuai digunakan untuk seisi keluarga malah ianya ringan dan mudah dibawa ke mana saja.
10.) MINYAK SERI HERBA
Minyak Seri Herba diformulasi khas untuk mengembalikan tenaga ibu bersalin. Ia juga bertujuan untuk memberi kesegaran yang berterusan sewaktu tempoh berpantang.
Minyak Seri Herba ini berperanan untuk mengurangkan sakit kepala, simptom reumatik, sakit tekak dan juga sakit pada otot-otot, arthritis, gout dan ulser. Ia mengandungi menthol untuk memberi keselesaan kepada pengguna kerana sifatnya yang berangin dan sejuk.
11.) GAMAT EMULSION
Ramai yang sedar akan kebaikan Jeli Gamat namun tidak ramai yang ingin mengamalkannya kerana teksturnya yang berbau hanyir. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana Gamat Emulsion ini dihasilkan khas dalam tekstur yang tidak lagi berbau. Malah bagi mendorong anda untuk lebih cenderung mengamalkannya, kami datangkan Gamat Emulsion ini dalam bentuk berperisa Oren. Ternyata ianya lebih sedap dan berkhasiat.
No comments:
Post a Comment